Saturday, 17 March 2012

Tamadun Indus / India

Tamadun Indus atau tamadun India bermula tahun 2500 SM dan berakhir tahun 1750 SM. Selepas tempoh ini,tamadun India mengalami keruntuhan yang juga dikenali sebagai Zaman Vedik yang disebabkan oleh kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Pada zaman itu,terdapat golongan pemerintah yang terdiri dari golongan raja serta terdapat dua bentuk kerajaan iaitu Janapada (kerajaan kecil) dan Mahajanapada (kerajaan besar).

 Tamadun India juga merupakan tamadun yang telah berumur lebih daripada 5,000 tahun  dan boleh dibahagikan kepada beberapa  zaman. Misalnya :

  1. Zaman Prasejarah
  2. Zaman Veda
  3. Zaman Dinasti Maurya
  4. Zaman Empayar Gupta
  5. Zaman Kerajaan Islam
  6. Penjajahan Portugis dan Belanda
  7. Zaman Pemerintahan British
  8. Zaman Merdeka
Setiap zaman pemerintahan yang dilalui mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang telah meninggalkan kesan besar   yang mempengaruhi sifat luaran dan dalaman tamadun ini.

Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Khanda atau Bharata-Varsha bersempena nama seorang pemerintah ketika iaitu Bharata.Nama Manu untuk seluruh kawasan tengah antara banjaran Himalaya dan pergunungan Vindhya ialah Aryavata, yang bermaksud penempatan Aryan.Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvidu. Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai Indu.

Wilayah atau kedudukan Tamadun India terletak dia antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia.India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan.

Kemunculan Tamadun India dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu :

ZAMAN AWAL (100,000 SM-1,000 SM )

* Zaman Pra Sejarah (100,000 SM-1,000 SM )
dikategorikan kepada tiga tempoh : Zaman  Paleolitik (100,000 SM ), Zaman Mesolitik (100,000 SM hingga 10,000 SM), Zaman Neolitik ( 10,000 SM hingga 3,000 SM)

*Tamadun Lembah Indus ( 3,000 SM-1,500 SM )
dikenali dengan Zaman Proto.Pencapaian tamadun kebendaan agak maju berbanding sebelumnya.Bandar Mohenjadaro dan Harappa dibina secara terancang.

*Zaman Vedik ( 1,500 SM-500 SM )
dibahagikan kepada 'Veda Awal' (1,500 SM-1,000 SM ) dan 'Veda Akhir' (1,000 SM-500 SM ). Pada zaman ini berlaku kemasukan kemasukan bangsa Aryan yang datang dari Poland dan Asia. Hasil daripada itu, terbentuknya budaya baru yang dikenali Indo-Aryan. Namun begitu, perpaduan sukar terbentuk akibat berlainan warna kulit dan fizikal.

*Empayar Maurya ( 326 SM-185 SM )
pengasas Chandragupta Maurya yang berasal daripada puak Mauriya dan telah mencapai zaman kegemilangan ketika agama Buddha dan Jaina menjadi anutan pemerintah terutama apabila Asoka memeluk agama itu dan menjadi penaungnya.

*Empayar Gupta (320 SM-520 SM )
dikenali dengan Zaman Klasik kerana kebudyaaan Hindu di Utara India pada zaman ini semakin kukuh. Perkembangan kesusasteraan Hindu,termasuk juga seni bina kuil, keseniaan dan sains semakin rancak dengan terbinanya sebuah kuil yang dianggap penting pada zaman tersebut iaitu Kuil Vishnu di Deograrh.

*Zaman Sangam ( 300 SM-600 SM )
di bahagian Selatan India telah wujud kerajaan-kerajaan Chera, Chola dan Pandhya yang disebut sebagai Zaman Sangam dan dikenali kerana sumbangan besar dalam bidang kesusasteraan dan hubungan perdagangan dengan Eropah dan Asia Tengggara.

*Zaman Pallava ( 600 SM-900 SM )
dikenali dengan Zaman Gelap kerana berada di bawah pimpinan kumpulan Kalabhra yang mementingkan Buddhism dan Jainism.

*Zaman Chola ( 850 SM-1200 SM )
berada di bawah pemerintahan raja yang bergelar Rajendra Chola yang telah menyaksikan perluasan kuasa di bawah pemerintahan beliau serta penyebaraan kebudayaan Tamil.

ZAMAN PERTENGAHAN (1000 SM-1756 SM )
zaman gemilang bagi umat Islam dan Islam telah memerintah India selama 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta orang,Islam sendiri telah berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke-8 M melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind.

ZAMAN MODEN (1875 M-KINI )
zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajahan British pada tahun 1857 yang membawa kepada pembahagian bumi India kepada 3 buah negara iaitu :
  1. India
  2. Pakistan
  3. Bangladesh



Friday, 16 March 2012

Tamadun Melayu


Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu,tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama.Alam Melayu sebenarnya merujuk kepada satu kawasan luas yang mana ia merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh wilayah Asia Tenggara sehingga ke Pantai Afrika, Taiwan, Jepun serta di serata kepulauan Pasifik yang akhirnya juga dikenali sebagai gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) ,gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.

Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan (lingua franca) di seluruh kawasan ini dan agama Islam menjadi agama pelengkap kepada pelengkap pada pembentukan tamadun Melayu.

Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa proses manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi yang berlaku sangat penting kepada pembentukan tamadun Melayu.Penerimaan agama Islam sebagai asas Tamadun Melayu merupakan perkembangan  yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Perkataan Melayu itu sendiri sebenarnya merujuk kepada tiga perkara yang berbeza iaitu ras, kebudayaan dan bahasa. Ras merupakan satu kumpulan genetik yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sama.Kebudayaan pula ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi dan diturunkan dari satu ke satu generasi yang lain manakala dari sudut bahasa pula,rumpun Melayu menggunakan bahasa Melayu-Indonesia yang mana di dalamnya terdapat bahasa Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, Sulu dan lain-lain.

Definisi Melayu seperti yang tercatat di dalam perkara 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia,menentukan bahawa orang Melayu itu adalah :
  1. beragama Islam
  2. Secara lazimnya berbahasa Melayu
  3. Secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu
Secara umumnya,Islam bukan sekadar menjadi faktor definitive Melayu,tetapi juga diiktiraf sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia), yang mana Di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negara dan Raja-raja Melayu merupakan ketua agama Islam bagi negeri-negeri Melayu.

Pada asalnya Tamadun Melayu boleh dijejaki sejak zaman Paleolitik lagi iaitu Zaman Batu Awal kira-kira  35,000 tahun dahulu, diikuti dengan Zaman Mesolitik ataupun Zaman Batu Tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, Zaman Neolitik ataupun Zaman Batu kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan Zaman Logam iaitu Zaman Gangsa Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu. Tedapat bukti-bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa Tanah Melayu pernah diduduki oleh manusia pada zaman tersebut.Misalnya :

                                                  Tingkayu, Sabah

*Gua Tampan (Perak)
*Gua Niah (Sarawak)
*Tingkayu (Sabah)




                                                  Gua Niah, Sarawak

Zaman Mesolitik (orang Hoabinh) :
*Gua Cha (Kelantan)
*Gua Kecil (Pahang)
*Jenderam Hilir (Selangor)
*Gua Madai (Sabah)
*Gua Guomatang (Sabah)
*Gua Niah (Sarawak)




 
                                                        Gua Cha, Kelantan

Zaman Neolitik :
*Gua Cha (Kelantan)
*Gua Kepah (Kedah)
*Gua Kecil (Pahang)

Tamadun Melayu merujuk kepada struktur sosial masyarakat yang berlapis-lapis seperti sistem kasta  kerana ia banyak dipengaruhi oleh peradaban India. Raja menduduki hieraki yang paling tinggi, diikuti para pembesar, rakyat biasa dan hieraki paling bawah adalah golongan hamba.

Wednesday, 14 March 2012

Tamadun China


Tamadun China merupakan salah satu di antara tamadun yang terdapat di dunia.Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin yang bermula pada tahun 221 S.M. dan telah berakhir pada tahun 206 S.M. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau sendiri berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

Terdapat 5 zaman sejarah ringkas kelahiran Tamadun China.Antaranya ialah zaman pembinaan,zaman keagungan,zaman peralihan dan zaman pembinaan.

KEBUDAYAAN YANGSHAO

bermula kira-kira pada millenium ke 6 sebelum masihi (S.M). Berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru) yang paling awal dan mempunyai ciri-ciri tersendiri disebut Yangshao berdasrakan nama tinggalan kampung jenis kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi.

*tapak-tapak tradisi Yangshao dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe.
*tanah pasir halus telah dimendapkan oleh angin menjadikan ianya lebih subur
*keadaan dan kedudukan yang menepati ciri-ciri geografi menggalakkan petempatan dan pertanian

Kegiatan dan amalan masyarakat Yangshao :
*bertani
*memelihara babi
*membuat tembikar berlukisan (paintedpottery)
*menanam mayat dalam tanah perkuburan yang khas
*makanan ruji bagi masyarakatnya ialah bijirin (milet)
*teknologi pertanian yang diubahsuai secara turun-temurun menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tamadun ini

KEBUDAYAAN LONGSHAN DAN ZAMAN GANGSA



Kebudayaan Longshan muncul antara pertengahan kurun ke-2 SM manakala Zaman Gangsa Awal lewat millenium ke-2 SM adalah kebudayaan uang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao.Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di daerah Shandong.Pusat-pusat   penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di daerah Jiangxi dan juga di Sanxingdui di daerah Sichuan.

Kegiatan masyarakat Longshan :
*menghasilkan tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan
*penghasilan tembikar menggunakan mesin peroda tembikar (potter's wheel)
*penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit

Kegiatan masyarakat zaman gangsa :
*penggunaan gangsa tersebar luas di kalangan kaum bangsawan yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh Dinasti Zhou
*artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil dihasilkan dengan gangsa
*pembangunan teknologi besi mengehadkan penggunaan gangsa sejak lebih kurang 50 SM.

KEBUDAYAAN DINASTI SHANG



Kebudayaan Dinasti Shang mengalami tahap pembangunan yang baru melalui kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun.Antaranya :
*pembentukan negara kota
*penggunaan sistem tulisan
*peningkatan pengkhususan pekerjaan
*organisasi masyarakat yang lebih kompleks

Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He'nan yang ditemui dua tapak arkeologi iaitu di Zhengzhou dan Anyang yang memberikan maklumat sejarah mengenai zaman dan tamadun ini.Penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan cangkerang kura-kura dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda,tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota Dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama di antara sebuah peradaban dengan peradaban yang lainnya.










Tuesday, 13 March 2012

Tamadun

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.

Antara tamadun-tamadun dunia...
                                                         Tamadun Islam

                                      
                                                          Tamadun India

                                      
                                                         Tamadun China

                                      
                                                         Tamadun Mesir