Thursday 29 March 2012

Tamadun Mesopotamia





Mesopotamia merupakan tamadun terawal yang lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq,timur Syria,tenggara Turki dan barat daya Iran.Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti antara dua sungai).Ianya merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai Tigris dan Euphrates.Wilayah Mesopotamia yang seluas 130000 batu persegi dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian timur laut dan dataran tinggi Arab di barat daya.Ia menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi. Bandar di Mesopotamia kemudian dijadikan ibu kota Akkad,Babylon,Assyria,Mittani,Assyrian-Baru,Parthia,Sassanid dan empayar Abbasid.




Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas.Kelas yang tertinggi dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan.Kelas kedua ialah (kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi.Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan,golongan agama (pendeta,paderi atau rahib) dan tentera.Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golongan agama.Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang,guru,juruwang,ahli nujum,ahli sains,ahli silap mata,petani dan tukang.Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi.Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal lagi tetapi tidaklah dipandang hina.Golongan hamba ini terdiri daripada orang tawanan perang,penjenayah,orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan orang tempatan yang dijual beli.Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada tuannya,dia boleh dibebaskan.Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa dan apabila ibu bapa mereka meninggal,anaknya akan dibebaskan.Mereka diberi keistimewaan tertentu dan boleh membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran.


No comments:

Post a Comment