Tamadun China merupakan salah satu di antara tamadun yang terdapat di dunia.Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin yang bermula pada tahun 221 S.M. dan telah berakhir pada tahun 206 S.M. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau sendiri berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
Terdapat 5 zaman sejarah ringkas kelahiran Tamadun China.Antaranya ialah zaman pembinaan,zaman keagungan,zaman peralihan dan zaman pembinaan.
KEBUDAYAAN YANGSHAO
bermula kira-kira pada millenium ke 6 sebelum masihi (S.M). Berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru) yang paling awal dan mempunyai ciri-ciri tersendiri disebut Yangshao berdasrakan nama tinggalan kampung jenis kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi.
*tapak-tapak tradisi Yangshao dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe.
*tanah pasir halus telah dimendapkan oleh angin menjadikan ianya lebih subur
*keadaan dan kedudukan yang menepati ciri-ciri geografi menggalakkan petempatan dan pertanian
Kegiatan dan amalan masyarakat Yangshao :
*bertani
*memelihara babi
*membuat tembikar berlukisan (paintedpottery)
*menanam mayat dalam tanah perkuburan yang khas
*makanan ruji bagi masyarakatnya ialah bijirin (milet)
*teknologi pertanian yang diubahsuai secara turun-temurun menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tamadun ini
KEBUDAYAAN LONGSHAN DAN ZAMAN GANGSA
Kebudayaan Longshan muncul antara pertengahan kurun ke-2 SM manakala Zaman Gangsa Awal lewat millenium ke-2 SM adalah kebudayaan uang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao.Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di daerah Shandong.Pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di daerah Jiangxi dan juga di Sanxingdui di daerah Sichuan.
Kegiatan masyarakat Longshan :
*menghasilkan tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan
*penghasilan tembikar menggunakan mesin peroda tembikar (potter's wheel)
*penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit
Kegiatan masyarakat zaman gangsa :
*penggunaan gangsa tersebar luas di kalangan kaum bangsawan yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh Dinasti Zhou
*artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil dihasilkan dengan gangsa
*pembangunan teknologi besi mengehadkan penggunaan gangsa sejak lebih kurang 50 SM.
KEBUDAYAAN DINASTI SHANG
Kebudayaan Dinasti Shang mengalami tahap pembangunan yang baru melalui kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun.Antaranya :
*pembentukan negara kota
*penggunaan sistem tulisan
*peningkatan pengkhususan pekerjaan
*organisasi masyarakat yang lebih kompleks
Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He'nan yang ditemui dua tapak arkeologi iaitu di Zhengzhou dan Anyang yang memberikan maklumat sejarah mengenai zaman dan tamadun ini.Penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan cangkerang kura-kura dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda,tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota Dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama di antara sebuah peradaban dengan peradaban yang lainnya.
No comments:
Post a Comment