Friday 16 March 2012

Tamadun Melayu


Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu,tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama.Alam Melayu sebenarnya merujuk kepada satu kawasan luas yang mana ia merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh wilayah Asia Tenggara sehingga ke Pantai Afrika, Taiwan, Jepun serta di serata kepulauan Pasifik yang akhirnya juga dikenali sebagai gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) ,gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.

Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan (lingua franca) di seluruh kawasan ini dan agama Islam menjadi agama pelengkap kepada pelengkap pada pembentukan tamadun Melayu.

Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa proses manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi yang berlaku sangat penting kepada pembentukan tamadun Melayu.Penerimaan agama Islam sebagai asas Tamadun Melayu merupakan perkembangan  yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Perkataan Melayu itu sendiri sebenarnya merujuk kepada tiga perkara yang berbeza iaitu ras, kebudayaan dan bahasa. Ras merupakan satu kumpulan genetik yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sama.Kebudayaan pula ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi dan diturunkan dari satu ke satu generasi yang lain manakala dari sudut bahasa pula,rumpun Melayu menggunakan bahasa Melayu-Indonesia yang mana di dalamnya terdapat bahasa Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, Sulu dan lain-lain.

Definisi Melayu seperti yang tercatat di dalam perkara 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia,menentukan bahawa orang Melayu itu adalah :
  1. beragama Islam
  2. Secara lazimnya berbahasa Melayu
  3. Secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu
Secara umumnya,Islam bukan sekadar menjadi faktor definitive Melayu,tetapi juga diiktiraf sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia (Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia), yang mana Di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negara dan Raja-raja Melayu merupakan ketua agama Islam bagi negeri-negeri Melayu.

Pada asalnya Tamadun Melayu boleh dijejaki sejak zaman Paleolitik lagi iaitu Zaman Batu Awal kira-kira  35,000 tahun dahulu, diikuti dengan Zaman Mesolitik ataupun Zaman Batu Tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, Zaman Neolitik ataupun Zaman Batu kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan Zaman Logam iaitu Zaman Gangsa Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu. Tedapat bukti-bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa Tanah Melayu pernah diduduki oleh manusia pada zaman tersebut.Misalnya :

                                                  Tingkayu, Sabah

*Gua Tampan (Perak)
*Gua Niah (Sarawak)
*Tingkayu (Sabah)




                                                  Gua Niah, Sarawak

Zaman Mesolitik (orang Hoabinh) :
*Gua Cha (Kelantan)
*Gua Kecil (Pahang)
*Jenderam Hilir (Selangor)
*Gua Madai (Sabah)
*Gua Guomatang (Sabah)
*Gua Niah (Sarawak)




 
                                                        Gua Cha, Kelantan

Zaman Neolitik :
*Gua Cha (Kelantan)
*Gua Kepah (Kedah)
*Gua Kecil (Pahang)

Tamadun Melayu merujuk kepada struktur sosial masyarakat yang berlapis-lapis seperti sistem kasta  kerana ia banyak dipengaruhi oleh peradaban India. Raja menduduki hieraki yang paling tinggi, diikuti para pembesar, rakyat biasa dan hieraki paling bawah adalah golongan hamba.

No comments:

Post a Comment