Saturday 17 March 2012

Tamadun Indus / India

Tamadun Indus atau tamadun India bermula tahun 2500 SM dan berakhir tahun 1750 SM. Selepas tempoh ini,tamadun India mengalami keruntuhan yang juga dikenali sebagai Zaman Vedik yang disebabkan oleh kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Pada zaman itu,terdapat golongan pemerintah yang terdiri dari golongan raja serta terdapat dua bentuk kerajaan iaitu Janapada (kerajaan kecil) dan Mahajanapada (kerajaan besar).

 Tamadun India juga merupakan tamadun yang telah berumur lebih daripada 5,000 tahun  dan boleh dibahagikan kepada beberapa  zaman. Misalnya :

  1. Zaman Prasejarah
  2. Zaman Veda
  3. Zaman Dinasti Maurya
  4. Zaman Empayar Gupta
  5. Zaman Kerajaan Islam
  6. Penjajahan Portugis dan Belanda
  7. Zaman Pemerintahan British
  8. Zaman Merdeka
Setiap zaman pemerintahan yang dilalui mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang telah meninggalkan kesan besar   yang mempengaruhi sifat luaran dan dalaman tamadun ini.

Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Khanda atau Bharata-Varsha bersempena nama seorang pemerintah ketika iaitu Bharata.Nama Manu untuk seluruh kawasan tengah antara banjaran Himalaya dan pergunungan Vindhya ialah Aryavata, yang bermaksud penempatan Aryan.Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvidu. Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai Indu.

Wilayah atau kedudukan Tamadun India terletak dia antara Lautan Hindi dengan Pergunungan Himalaya. Wilayah ini meliputi kawasan seluas 2,534,175 kilometer persegi iaitu lebih kurang sama dengan keluasan seluruh Eropah kecuali Rusia.India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan.

Kemunculan Tamadun India dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu :

ZAMAN AWAL (100,000 SM-1,000 SM )

* Zaman Pra Sejarah (100,000 SM-1,000 SM )
dikategorikan kepada tiga tempoh : Zaman  Paleolitik (100,000 SM ), Zaman Mesolitik (100,000 SM hingga 10,000 SM), Zaman Neolitik ( 10,000 SM hingga 3,000 SM)

*Tamadun Lembah Indus ( 3,000 SM-1,500 SM )
dikenali dengan Zaman Proto.Pencapaian tamadun kebendaan agak maju berbanding sebelumnya.Bandar Mohenjadaro dan Harappa dibina secara terancang.

*Zaman Vedik ( 1,500 SM-500 SM )
dibahagikan kepada 'Veda Awal' (1,500 SM-1,000 SM ) dan 'Veda Akhir' (1,000 SM-500 SM ). Pada zaman ini berlaku kemasukan kemasukan bangsa Aryan yang datang dari Poland dan Asia. Hasil daripada itu, terbentuknya budaya baru yang dikenali Indo-Aryan. Namun begitu, perpaduan sukar terbentuk akibat berlainan warna kulit dan fizikal.

*Empayar Maurya ( 326 SM-185 SM )
pengasas Chandragupta Maurya yang berasal daripada puak Mauriya dan telah mencapai zaman kegemilangan ketika agama Buddha dan Jaina menjadi anutan pemerintah terutama apabila Asoka memeluk agama itu dan menjadi penaungnya.

*Empayar Gupta (320 SM-520 SM )
dikenali dengan Zaman Klasik kerana kebudyaaan Hindu di Utara India pada zaman ini semakin kukuh. Perkembangan kesusasteraan Hindu,termasuk juga seni bina kuil, keseniaan dan sains semakin rancak dengan terbinanya sebuah kuil yang dianggap penting pada zaman tersebut iaitu Kuil Vishnu di Deograrh.

*Zaman Sangam ( 300 SM-600 SM )
di bahagian Selatan India telah wujud kerajaan-kerajaan Chera, Chola dan Pandhya yang disebut sebagai Zaman Sangam dan dikenali kerana sumbangan besar dalam bidang kesusasteraan dan hubungan perdagangan dengan Eropah dan Asia Tengggara.

*Zaman Pallava ( 600 SM-900 SM )
dikenali dengan Zaman Gelap kerana berada di bawah pimpinan kumpulan Kalabhra yang mementingkan Buddhism dan Jainism.

*Zaman Chola ( 850 SM-1200 SM )
berada di bawah pemerintahan raja yang bergelar Rajendra Chola yang telah menyaksikan perluasan kuasa di bawah pemerintahan beliau serta penyebaraan kebudayaan Tamil.

ZAMAN PERTENGAHAN (1000 SM-1756 SM )
zaman gemilang bagi umat Islam dan Islam telah memerintah India selama 800 tahun dan bilangan umat Islam meningkat kepada 150 juta orang,Islam sendiri telah berjaya meletakkan batu asas pemerintahannya pada abad ke-8 M melalui Muhammad Al-Qasim yang telah berjaya membuka wilayah Sind.

ZAMAN MODEN (1875 M-KINI )
zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajahan British pada tahun 1857 yang membawa kepada pembahagian bumi India kepada 3 buah negara iaitu :
  1. India
  2. Pakistan
  3. Bangladesh



No comments:

Post a Comment